Sunday, December 25, 2011

pelik tapi benar.,,, :)

POKOK DURIAN BERBUAH DIBATANG
Nie la kali pertama saya tengok pokok durian berbuah dibatang...selalu berbuah kat atas pokok yang nie pulak berbuah di bahagian dekat dengan akar... nie la dinamakan Kuasa ILAHI..mungkin anda dah penah tengok gambar nie ..kalau yang tak pernah tengok macam saya nie...korang layan la k... heheheeeeeee,.,.,.




Renung-renung kan lah.,., e,mmmmmmmm.,,:):):):)

Monday, September 5, 2011

4 maut kenderaan bertembung


Kereta dinaiki mangsa gagal potong van sebelum rempuh pacuan empat roda

KOTA KINABALU: Empat lelaki maut, manakala seorang cedera apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Sandakan, kira-kira 350 kilometer (km) dari sini, jam 8 pagi semalam.
Semua mangsa, termasuk pemandu kereta yang dikenali sebagai Abu Halil Esdari, 56, dan tiga penumpang iaitu Noormuhamad Sapiula, 41; Kempoh Asari serta Sajid Asin, 30-an mati di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa yang juga anak kepada Kempoh Asari iaitu Amirkan, 20-an, mengalami kecederaan serius di kepala dan dirawat di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Bong Kwet Khiun, berkata pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda itu hanya mengalami kecederaan ringan.

"Siasatan awal mendapati kereta mangsa jenis Nissan Sunny dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Lahad Datu dan cuba memotong sebuah van di hadapannya di satu selekoh bagaimanapun gagal sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

"Semua empat mangsa yang maut itu tersepit di tempat duduk masing-masing dan hanya dapat dikeluarkan kira-kira 25 minit kemudian dengan bantuan bomba, manakala yang cedera berjaya dikeluarkan hasil bantuan orang ramai,"

UNIMAS diiktiraf antara 200 universiti terbaik Asia




SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di Asia oleh QS World University Ranking 2011 baru-baru ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Abdul Rahim Mohd Noor.

Beliau berkata, pengiktirafan itu sekali gus membuktikan UNIMAS mampu menjadi sebuah universiti emas di rantau ini dalam masa terdekat sekiranya semua peringkat tenaga kerja sedia ada berusaha mencapai sasaran itu.
Beliau berkata, UNIMAS yang baru berusia 20 tahun perlu berpandangan jauh dan segera mengenal pasti bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh melonjakkan nama universiti itu di rantau ini.
“UNIMAS beruntung kerana Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang boleh digunakan dalam R&D, dan dipercayai boleh melonjakkan nama UNIMAS di persada dunia pendidikan,” katanya pada Majlis Penyerahan Bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra) di UNIMAS, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datuk Dr Hatta Solhi dan Dr Khairuddin.

Pada majlis itu, Ab Rahim menyerahkan kunci bangunan berkenaan kepada Dr Hatta. DeTAR Putra sebuah projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dengan kos RM66.85 juta, mula dibina pada 11 Ogos 2008 secara usaha sama oleh syarikat Adiqa Engineering Sdn Bhd dan NSR Engineering.

DeTAR Putra dilengkapi dewan utama, dewan bankuet, ruang kerja yang lengkap di samping kemudahan terkini seperti tempat letak kereta, ruang pejabat dan bilik rehat orang kenamaan.
Bangunan baru itu yang boleh menampung 2,000 tetamu akan menggantikan dewan sedia ada, yang berusia 17 tahun di Kampus Timur.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluannya, Dr Khairuddin berkata, mulai Oktober ini, majlis konvokesyen UNIMAS akan diadakan di bangunan baru itu.

Beliau berkata, pembinaan DeTAR Putra menunjukkan komitmen tinggi serta usaha berterusan kerajaan untuk memberi kemudahan prasarana terbaik kepada semua IPTA di negara ini.

Monday, August 15, 2011

Usaha Panasonic beri kesedaran pentingnya memulihara alam sekitar


DALAM usaha memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, Panasonic Malaysia melancarkan program `Panasonic Kids School’ yang disertai sepuluh sekolah rendah dan menengah sekitar Selangor, baru-baru ini.
Antara sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9 dan SK Seksyen 20, Shah Alam; SK Taman Sri Andalas, Klang; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Seafield, Puchong; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sepang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, Shah Alam; SMK Puchong; SMK Sri Andalas, Klang; Sekolah Menengah Teknik (SMT) Shah Alam dan SMT Sepang.

Pada program berkenaan, kakitangan Panasonic mengambil cabaran mengajar dan mempromosikan pendidikan alam sekitar melalui modul pendidikan pengalaman dalam bilik darjah.

Pelajar juga dibawa ke kilang membuat televisyen pertama di Malaysia, menggunakan konsep ‘eco ideas’.

Lebih menyeronokkan, program yang mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran itu memberi peluang pelajar mengambil bahagian dalam beberapa peraduan iaitu ‘Eco Work of Art’ dan ‘Eco Picture Dairy’. Pemenang akan dibawa melawat ke Jepun dan Paris, Perancis.

Bagi sesi di dalam bilik darjah, pelajar diberi pendedahan isu pemanasan global, biodiversiti, ekoteknologi dan ekogaya hidup. Bagi peraduan pula, peserta perlu menghasilkan karya seni menggunakan bahan kitar semula.
Program julung kali diadakan dilancarkan sempena pelancaran kilang ‘eco ideas’ pertama AVC Networoks Panasonic (PAVCKM) di Malaysia, turut menekankan konsep pengurusan alam sekitar.

Kilang ‘eco ideas’ PAVCKM yang menghasilkan televisyen LCD adalah kilang mesra alam sekitar. Pengeluaran produknya turut menggalakkan aktiviti penghijauan kilang, kitar semula, pengurangan penggunaan tenaga dan pendidikan alam sekitar untuk kanak-kanak serta komuniti tempatan.

Setakat ini, Panasonic sudah membina kilang ‘eco ideas’ di Singapura dan Thailand.

Penolong Pengarah Panasonic Jepun, Masaru Maruo, berkata program terbuka kepada pelajar berusia 10 hingga 16 tahun itu dikendalikan menerusi program Pendidikan Eko Global Panasonic (PGELP).

Katanya, PGELP dimulakan di Jepun pada Ogos 2010, berjaya menarik penyertaan 212,000 pelajar. Bagi penyertaan di rantau Asia Pasifik pula iaitu di Singapura, Thailand, Indonesia, India dan Vietnam membabitkan 19,000 pelajar.

“PGELP mensasarkan penyertaan dua juta pelajar menjelang 2018 dengan rantau Asia Pasifik pula, mensasarkan 200,000 penyertaan menjelang Mac 2013,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Khair Mohamad Yusof, di kilangnya di Shah Alam, baru-baru ini.

Sementara itu, Khair berkata, program itu adalah proses efektif berinteraksi dengan golongan muda mengenai pendidikan alam sekitar.

Beliau berkata, inisiatif itu memberi maklumat tambahan kepada peserta supaya mereka dapat menguruskan aktiviti kitar semula secara berhemah.

“Usaha Panasonic ini memberangsangkan kerana memberi fokus kepada aspek alam sekitar dan kementerian berbesar hati dengan program berkenaan,” katanya.

Pelajar SK Seksyen 20, Irfan Hadi Mustafa, berkata dia seronok kerana berpeluang mengambil bahagian dalam program berkenaan yang memberi maklumat mengenai penjagaan alam sekitar.

“Ini kali pertama saya menyertai aktiviti sebegini. Pada program ini, saya sudah berikrar untuk menjaga alam sekitar dengan baik,” katanya.

Pelajar SK Taman Sri Andalas, Ahmad Firdaus Abd Razak, pula berkata program itu memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.

“Melalui program ini, saya berjanji mengurangkan penggunaan kertas supaya penebangan pokok dikurangkan,” katanya.

'Aku nak mati cepat, senang masuk syurga...'


Dua beradik terbunuh nahas kereta bertembung MPV

BATU PAHAT: "Aku nak mati cepat, nanti senang nak masuk syurga," demikian antara luahan pelajar Tahun Tiga, Maisarah Nazri, 9, kepada sepupunya beberapa hari sebelum maut dalam kemalangan di kilometer 145 Jalan Parit Guntong-Semerah, dekat sini, semalam.
Tragedi kira-kira jam 8.30 pagi menjelang dua minggu sebelum Aidilfitri itu turut meragut nyawa abang keempat, Afifi Nazri, 16, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat.

Ibu mangsa, Aisyah Othman, 47, berkata anak bongsu daripada enam beradik berkenaan sebelum itu memberitahunya mahu pergi dulu sebelum beliau dan ingin mendapat tempat di syurga.

“Arwah kerap kali mengatakan mengenai keinginan mahu mati cepat pada usia muda, sehingga saya beberapa kali memarahinya supaya tidak bercakap perkara bukan-bukan.

“Namun, Allah Maha Kaya dan saya tidak menyangka Maisarah akan meninggalkan kami sekeluarga dalam keadaan begini, apatah lagi dengan Aidilfitri yang akan menjelang tiba dua minggu lagi.

“Saya sedih dan terkilan kerana Maisarah tidak sempat memakai baju raya yang dimintanya, apatah lagi kami baru belikan untuknya beberapa hari lalu... masih terngiang-ngiang lagi suara Maisarah yang mahukan baju raya yang cantik serta mahal untuk dipakai Aidilfitri ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Nibong, Semerah.
Dalam kejadian itu, kereta kancil dipandu Afifi bersama Maisarah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika dalam perjalanan ke pusat tuisyen.

Wanita yang memandu pacuan empat roda berkenaan turut cedera patah tulang rusuk dan kini dirawat di Hospital Batu Pahat.

Aisyah berkata, anak keempatnya, Afifi turut menunjukkan perubahan apabila bertukar menjadi agak pendiam dan selalu memencilkan diri.

“Naluri saya menyatakan ada perkara yang tidak baik mungkin akan berlaku kepada keluarga saya dan ia ternyata benar,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Nazri Mohd Basri, 47, berkata dia dimaklumkan kemalangan menimpa dua anaknya itu menerusi seorang rakan dan bergegas ke lokasi kejadian serta sebak melihat kenderaan dinaiki anaknya remuk.

“Kebiasaannya anak sulung saya berusia 22 tahun yang menghantar Maisarah ke pusat tuisyen. Maisarah sudah terlambat untuk ke pusat tuisyen semalam sebelum mengejutkan Afifi untuk menghantarnya. Kami sekeluarga redha dengan ketentuan takdir Ilahi,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nibong kira-kira jam 6.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, ketika dihubungi berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 8.25 pagi sebelum polis ke ditugaskan ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa (Afifi) jenis Perodua Kancil arah Semerah-Batu Pahat dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV terbabit.

Berikutan kemalangan itu, katanya, kedua-dua mangsa dalam kereta Kancil cedera parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pemandu serta penumpang MPV pula cedera ringan dengan seorang dipercayai patah tulang rusuk dan kini menerima rawatan di Hospital Batu Pahat,” katanya menjelaskan kes masih dalam siasatan.

Tuesday, March 1, 2011

Gejala Sosial Remaja

Remaja zaman sekarang yang tiada rasa malu dengan perbuatan
yang tidak bermoral dilakukan di khalayak orang ramai

Remaja sekarang tidak pernah berfikir untuk masa depan mereka ...Bukan sahaja Merokok di khalayak ramai malah,ada juga sesetengah remaja sekarang melakukan perkara yang tidak bermoral seperti Merempit Motorsikal,Membuang Bayi,melakukan Maksiat,menagih Dadah dan sebagainya...Tidak kah mereka merasa rugi dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah ini??

Unsur-unsur didikan Pelajar di sekolah rendah mahupun Sekolah Menengah tidak lagi berkesan dan ianya tidak dapat mendisiplinkan pelajar dengan lebih baik lagi.Ini membuatkan masalah disiplin di Sekolah semakin meningkat.

Seharusnya semua guru di sekolah perlu bekerjasama memantau pelajarnya terutamanya pelajar-pelajar yang dikesan bermasalah dan bukannya dilepaskan kepada guru kaunseling atau guru disiplin semata-mata,
menganggap masalah disiplin pelajar hanya tugas guru kaunseling dan guru disiplin perlu dikikis.

Pendidikan moral dan nilai-nilai murni bukan hanya tugas guru kaunseling dan guru Pendidikan Moral. Ia tugas hakiki semua yang bergelar guru.
Ini penting jika sekolah mahu terus mempertahankan peranan dan fungsinya sebagai sebuah institusi mendidik.






Wednesday, February 16, 2011

Pelbagai kaum Yang Terdapat Di Malaysia


MALAYSIA mempunyai masyarakat berbilang Bangsa.Wujud perbezaan diantara masyarakat di Malaysia seperti Bahasa,Cara hidup ,Ekonomi, Politik,Tempat tinggal dan  Hubungan sosial. Disemanjung ,penduduk asal adalah orang melayu manakala Sabah dan Sarawak  pula terdapat  beberapa Bangsa yang menjadi penduduk asal di kenali bumiputera (PRIBUMI).Penduduk lain ialah Cina,India dan Orang asli.

Jangan Buang Kami....IBU...

Diambil dari YoutubeAPA SALAH KAMI IBU...KAMI PERLUKAN KASIH SAYANG DARIMU..

Budi Bahasa Budaya Kita


BUDI BAHASA BUDI KITA...Amalan Rakyat 1 Amanah.

Tuesday, February 8, 2011

Keadaan Banjir Yang Membimbangkan

Sehingga lewat petang ini, 23,323 mangsa banjir di Pahang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan, manakala bandar Mentakab pula lumpuh sepenuhnya apabila ditenggelami air sedalam satu meter.Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,047 orang berbanding 2,291 orang semalam manakala di Sarawak meningkat kepada 74 orang.Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 7,662 orang berbanding 13,817 orang semalam sementara di Negeri Sembilan, hanya 89 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan. Sementara keadaan banjir di Pahang menyebabkan bandar Mentakab dan Jerantut terputus hubungan berikutan jalan yang menghubungkan antara kedua-dua bandar itu rosak akibat arus deras. Banjir di negeri itu juga meragut korban ketiga apabila mayat seorang pemuda yang terjatuh ke sungai berhampiran kilang kelapa sawit Felda Bukit Tajau, Maran pukul 3.40 petang semalam ditemui tiga jam selepas itu.

Tuesday, February 1, 2011

Bersama Kita Membanteras jenayah Ragut !

Video ini di ambil dari Youtube
ambillah iktibar untuk kita bersama....

Kes Ragut Yang Sering Berlaku

Jenayah dan KES RAGUT di Malaysia terutamanya di ibu negara semakin membimbangkan. Ada kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kes ragut, ada yang cedera parah semasa kes ragut, ada juga yang calar dimuka kerana ditoreh dengan pisau cukur ketika melawan peragut dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya peragut tidak mengenal mangsa.Kalau dinamakan peragut, wanita tidak perlu membawa beg tangan pun boleh diragut. Sebab? Sebab itu memang kerja dan mata pencarian mereka sehari-hari. Walaubagaimana pun sukar sekalipun, mereka pastinya akan berikhtiar untuk meragut mangsa, tidak kira lelaki ataupun perempuan. Yang pastinya golongan wanita yang ramai menjadi mangsa dalam kes ragut di Malaysia....Oleh sebab itu,kita haruslah selalu berwaspada terhadap keadaan sekeliling kita untuk menelakkan berlakunya kes ragut ini.

Satu Sudu Pun Dah Cukup...........

video kurangkan gula ini diambil dari youtube......
1 sudu pun dah CUKUP !..

Sunday, January 30, 2011

Kurangkan Gula. .



Kebelakangan ini terlalu banyak permasalahan di Malaysia.Salah satunya adalah masalah pengambilan GULA yang terlalu banyak di Kalangan Masyarakat di Malaysia ini boleh mengakibatkan banyak penyakit
KENCING MANIS dan lain-lain.Kata pepatah 'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'.Ambil kata-kata ini untuk di jadikan IKTIBAR anda...!!!!!

Friday, January 28, 2011

Isu Pembuangan Bayi


                                                    

"Ya Allah apakah dosa anak kecil ini,tidak kah kita semua terfikir apakah yang akan terjadi bila kita melakukan semua ini...??? Apakah Dosa anak kecil ini..Sanggup kah kamu semua melihat BAYI yang kecil yang tidak berdosa ini mnjadi MANGSA ditinggalkan oleh ibunya yang tidak berhati perut itu...Tidakkah kamu terfikir apa yang akan terjadi kepada BAYI yang kamu tinggalkan dengan keadaan yang tidak berbaju itu,menjadi makanan kepada anjing,adakah kamu sanggup melihat BAYI yang tidak bermaya itu menjdi MANGSA…??? Peribahasa"Ada kerak, ada nasi""kerana  sikap yang tidak bertanggungjawab di kalangan masyarakat yang tidak berkeperimanusiaan..



Wednesday, January 26, 2011

Kenaikan Harga Barang Semakin Meningkat !


Trend kenaikkan harga barangan runcit yang semakin tidak terkawal menimbulkan kebimbangan dikalangan masyarakat di negara ini, seperti gula, tepung serta yang lebih penting minyak petrol dan diesel.

Isu Kemalangan Jalan Raya

 gambar kemalangan maut di PLUS highway 


"MALANG TIDAK BERBAU"

Kemalangan jalan raya saling berlaku,apabila manusia yang bersikap cuai seperti  tidak mematuhi peraturan jalan raya  dan  mementingkan diri sendiri tanpa
mementingkan nyawa orang lain..