Monday, September 5, 2011

4 maut kenderaan bertembung


Kereta dinaiki mangsa gagal potong van sebelum rempuh pacuan empat roda

KOTA KINABALU: Empat lelaki maut, manakala seorang cedera apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Sandakan, kira-kira 350 kilometer (km) dari sini, jam 8 pagi semalam.
Semua mangsa, termasuk pemandu kereta yang dikenali sebagai Abu Halil Esdari, 56, dan tiga penumpang iaitu Noormuhamad Sapiula, 41; Kempoh Asari serta Sajid Asin, 30-an mati di tempat kejadian.
Seorang lagi mangsa yang juga anak kepada Kempoh Asari iaitu Amirkan, 20-an, mengalami kecederaan serius di kepala dan dirawat di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Bong Kwet Khiun, berkata pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda itu hanya mengalami kecederaan ringan.

"Siasatan awal mendapati kereta mangsa jenis Nissan Sunny dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Lahad Datu dan cuba memotong sebuah van di hadapannya di satu selekoh bagaimanapun gagal sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.

"Semua empat mangsa yang maut itu tersepit di tempat duduk masing-masing dan hanya dapat dikeluarkan kira-kira 25 minit kemudian dengan bantuan bomba, manakala yang cedera berjaya dikeluarkan hasil bantuan orang ramai,"

No comments:

Post a Comment