Remaja zaman sekarang yang tiada rasa malu dengan perbuatan
yang tidak bermoral dilakukan di khalayak orang ramai
Remaja sekarang tidak pernah berfikir untuk masa depan mereka ...Bukan sahaja Merokok di khalayak ramai malah,ada juga sesetengah remaja sekarang melakukan perkara yang tidak bermoral seperti Merempit Motorsikal,Membuang Bayi,melakukan Maksiat,menagih Dadah dan sebagainya...Tidak kah mereka merasa rugi dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah ini??
Unsur-unsur didikan Pelajar di sekolah rendah mahupun Sekolah Menengah tidak lagi berkesan dan ianya tidak dapat mendisiplinkan pelajar dengan lebih baik lagi.Ini membuatkan masalah disiplin di Sekolah semakin meningkat.
Seharusnya semua guru di sekolah perlu bekerjasama memantau pelajarnya terutamanya pelajar-pelajar yang dikesan bermasalah dan bukannya dilepaskan kepada guru kaunseling atau guru disiplin semata-mata,
menganggap masalah disiplin pelajar hanya tugas guru kaunseling dan guru disiplin perlu dikikis.Pendidikan moral dan nilai-nilai murni bukan hanya tugas guru kaunseling dan guru Pendidikan Moral. Ia tugas hakiki semua yang bergelar guru.
Ini penting jika sekolah mahu terus mempertahankan peranan dan fungsinya sebagai sebuah institusi mendidik.
No comments:
Post a Comment