Tuesday, February 8, 2011

Keadaan Banjir Yang Membimbangkan

Sehingga lewat petang ini, 23,323 mangsa banjir di Pahang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan, manakala bandar Mentakab pula lumpuh sepenuhnya apabila ditenggelami air sedalam satu meter.Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 3,047 orang berbanding 2,291 orang semalam manakala di Sarawak meningkat kepada 74 orang.Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 7,662 orang berbanding 13,817 orang semalam sementara di Negeri Sembilan, hanya 89 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan. Sementara keadaan banjir di Pahang menyebabkan bandar Mentakab dan Jerantut terputus hubungan berikutan jalan yang menghubungkan antara kedua-dua bandar itu rosak akibat arus deras. Banjir di negeri itu juga meragut korban ketiga apabila mayat seorang pemuda yang terjatuh ke sungai berhampiran kilang kelapa sawit Felda Bukit Tajau, Maran pukul 3.40 petang semalam ditemui tiga jam selepas itu.

No comments:

Post a Comment